Sunday, March 28, 2010

mental


helo oi lame btul loi tak mengadap mende ni
tak menaip utk belog yg sekangkang ni
maklum la pelajar tahun akhir yg berlakon sibuk
dan kalo ditanya nape " bizi la wei FYP"..erm

menerusi kelewatan peninggalan ni
aku pun lupa akan tujuan kewujudan ni
maklum sahaja byk perlu diselesaikan
mcam2 tanggungjawab sekarang
dan tak mcm dulu

kementalannya pun berubah
kemalasan tetap di fasa pertama la
cinta?oh...aku sudah serik " ayat fizo omar"
biar la selesai segala
dan terlepas segala beban
bru disinggah pada perkara2 itu.

menuju usia menongkah ( wah!) waktu ni
aku membesar tanpa rujukan
menurut perihal akal sendiri
kadang2 rujukan manusia dewasa pun aku tatau
amaigad!

ekceli.semetelah menaip ni baik dikongsi
meminati dan humming genre seperti ini menunjukan apa?

  • jason mraz- if it kills me
  • make it mine- jason lagi
  • jamie cullum- 20something-
  • AAR- fallin apart
  • Jullian Perreta-wonder why
  • faris- albi nadak
  • butterfly-jason lagi
  • lenka-like a song
  • the sallys- lady marmalade
  • chandra- ingatlah diriku
  • float- pulang
  • najwa- got to go
  • atilia-kasih tak kembali
  • muhammad dhani-killer queen
  • jamie cullum- singing in the rain
  • muse-united state of eurasia
  • dan fahmy shahad- kopi dangdut

sesungguh peredaran usia juga mempengaruhi genre musik
yang melekat di hati kau!

Friday, March 12, 2010

hati di packing dan jiwa di seal ...entah



duka
memeluk kental
sepilu kelu terpintal
yang nipis dan meronta

sisih
mericih pedih
lantaran letih
resah terdidih

kering
dan terbiar baring
meluntur darah hening
tatkala sejuk memangku
kelemahan ini.